Salah guna pas imigresen, 5 warga asing ditahan

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan lima wanita warga asing dalam dua operasi penguatkuasaan berasingan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang, selepas mereka disyaki menyalahgunakan pas lawatan dan melanggar undang-undang imigresen negara.

Menurut Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu terdiri daripada empat warga Thailand dan seorang warga Laos, ditahan dalam Operasi Gegar yang dijalankan oleh 25 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah.

“Tangkapan dibuat hasil pemeriksaan ke atas 16 individu di dua lokasi berasingan, dengan lima daripadanya disahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan disyaki telah melanggar Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang berkaitan salah guna Pas Lawatan.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menggaji atau melindungi PATI.

“Kami menyeru masyarakat untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Rabu.

Penahanan ini menegaskan komitmen berterusan JIM Sabah dalam menangani isu kebanjiran PATI dan memastikan hanya warga asing yang sah serta mematuhi syarat kemasukan dibenarkan berada di negeri ini.

Kesemua wanita yang ditahan kini ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar, bagi tindakan lanjut termasuk siasatan dan dokumentasi sebelum proses penghantaran pulang.

Operasi penguatkuasaan terhadap PATI di Sabah dijangka diteruskan dari semasa ke semasa, dengan fokus kepada kawasan tumpuan warga asing serta premis-premis yang disyaki menggaji mereka secara tidak sah.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan