PDRM saran tidak terlibat himpunan berkaitan isu bendera

PUTRAJAYA – Perhimpunan yang dirancang di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang perlu dibatalkan bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara dan mengelakkan sebarang bentuk pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“PDRM turut mengambil maklum berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Sehingga kini, sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara, termasuk 17 di Pulau Pinang dan 21 lagi di negeri-negeri lain,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mohd Khalid berkata, siasatan turut merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin lalu dan kini sedang diteliti pihak berkaitan.

“PDRM sentiasa komited melaksanakan siasatan secara telus, berintegriti dan mengikut peruntukan undang-undang demi memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat.

“Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan, sebaliknya menyalurkan maklumat sahih kepada pihak polis,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias mengesahkan satu perhimpunan akan diadakan di Bertam, Kepala Batas pada Khamis ini.

Tindakan terbabit sebagai maklum balas kepada kesediaan DAP menyambut kehadiran mereka dengan pengedaran 831 helai Jalur Gemilang.

Beliau berkata, program yang dijadualkan pada jam 5.30 petang itu akan turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Related Posts

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI bukan sekadar melaksanakan dasar dan inisiatif pembangunan, sebaliknya memastikan setiap program yang dilaksanakan benar-benar menyantuni rakyat serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan ekonomi semata-mata namun mengutamakan kemakmuran itu dirasai secara saksama oleh setiap lapisan masyarakat, sama ada di kota mahupun pedalaman. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa