Cadangan Hab Sukan Batu 10 lonjak pembangunan ekonomi setempat

SANDAKAN – Cadangan pembinaan hab sukan di Batu 10 mampu membuka peluang lebih luas kepada golongan belia untuk menjalani latihan secara sistematik, melahirkan bakat pelapis, serta merancakkan ekonomi setempat melalui kejohanan, pelancongan sukan dan aktiviti perniagaan.

Ketua Penerangan UMNO Libaran, Shariff Ismarhafiz Sh Abd Rahman berkata, pembangunan berkenaan bukan sekadar kemudahan fizikal, sebaliknya pelaburan strategik dalam masa depan belia, kesihatan masyarakat dan reputasi Sandakan sebagai pusat kecemerlangan sukan di pantai timur Sabah.

Beliau berkata, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan sukan sebagai pemacu ekonomi baharu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) digesa memberi keutamaan kepada pembinaan Hub Sukan atau Mini Kompleks Sukan di kawasan Hab Pendidikan Batu 10, Sandakan.

“Sandakan telah membuktikan kemampuannya melahirkan atlet berprestasi tinggi, termasuk pelari pecut negara yang digelar ‘Gadis Turbo’, Nur Aisyah Rofina Aling,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut beliau, walaupun kompleks sukan sedia ada terletak di Batu 5, lokasinya menyukarkan penduduk luar bandar khususnya di Libaran untuk mengakses kemudahan latihan berkualiti.

Related Posts

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA