AKPS rampas 13 tan keratan ayam sejuk beku diragui status halal, label tarikh luput

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk 13,308 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku yang diragui status halal menerusi pintu sempadan Malaysia-Thailand di sini sejak April lalu.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 11 April, 9 Mei dan semalam.

Katanya, rampasan pertama melibatkan 4,104kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM62,052 diikuti 4,128kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM78,143 dan terbaharu pada semalam sebanyak 5,076kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM62,130.

“Ketiga-tiga kes ini melibatkan kesalahan sama iaitu label tarikh luput, tarikh pengeluaran dan kod pengeluaran pada pembungkusan tidak sepadan dengan maklumat dalam sijil halal yang diisytihar.

“Kotak barangan tersebut dicampurkan dengan kotak-kotak lain yang diisytihar secara betul yang mana ia memerlukan pemeriksaan secara teliti dan satu persatu oleh pasukan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan di pintu masuk sempadan termasuk pemeriksaan ke atas kenderaan barangan.

“Cubaan membawa masuk barang kawalan yang mempunyai status halal meragukan akan memberi kesan kepada keselamatan makanan dan ekonomi negara. Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang,” tegasnya.

Katanya, pihaknya sangat menekankan isu halal pada barangan import kerana ia akan dipasarkan di premis perniagaan termasuk pasar raya seterusnya ke kedai-kedai makan.

“Jadi, antara keutamaan AKPS adalah untuk memastikan bahawa semua barangan diimport betul-betul memenuhi kriteria dan spesifikasi label yang telah ditetapkan terutama membabitkan siji halal,” katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728).

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula