Pelari wanita kritikal dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol

TAWAU – Seorang pelari wanita kritikal selepas dirempuh pemandu Toyota Hilux dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Batu 9 Jalan Apas, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian 7.55 malam itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari Taman Ria 11 menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

“Apabila di lokasi kejadian, bahagian belakang MPV yang dipandu oleh seorang lelaki
berumur 39 tahun telah dilanggar oleh Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 57 tahun.

“Akibat pelanggaraan, Toyota Hilux hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan kemudiannya melanggar seorang pelari wanita berumur 41 tahun yang sedang berlari bersama rakan-rakannya dari Bandar Sri Indah menuju T2, Jalan Apas,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Jasmin berkata, mangsa cedera parah dan kritikal kini mendapatkan rawatan di Hospital Tawau sementara kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

“Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 44(1A) APJ 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh diikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM100,000.

“Pesalah juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan agar orang awam mengelakkan aktiviti berlari di atas jalan raya pada waktu malam kerana berisiko tinggi.

“Penglihatan yang terhad, kehadiran kenderaan bergerak laju, serta kemungkinan pemandu berada di bawah pengaruh alkohol boleh mengundang kepada kemalangan.

“Gunakan laluan joging atau kawasan yang selamat dan bercahaya bagi memastikan keselamatan diri sentiasa terjamin,” tambahnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut