Cabaran politik perubahan tuntut keberanian – KP JKOM

MELAKSANAKAN politik perubahan bukan tugas mudah kerana ia memerlukan keberanian untuk menongkah arus dan meninggalkan amalan politik lama yang sudah berakar dalam budaya demokrasi negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, cabaran terbesar yang dihadapi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini ialah mengubah budaya politik yang sarat dengan isu politik wang, politik kabilah, sentimen perkauman dan agama setiap kali pilihan raya berlangsung.

“Untuk melaksanakan politik perubahan ini, ia bukan suatu yang mudah. Kita menongkah arus, bukan mengikut amalan kebiasaan yang telah dilakukan selama ini.

“Demokrasi kita sendiri perlu melalui proses reformasi,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Ismail menegaskan, proses demokrasi sepatutnya menjadi wadah yang membawa perubahan politik dan kemajuan negara, namun sering kali diselewengkan oleh budaya patronage yang melemahkan integriti pilihan raya.

“Rakyat juga perlu celik politik dan memahami maksud sebenar proses demokrasi serta apa yang dimaksudkan dengan politik perubahan. Ayat seperti ‘siapa naik pun sama sahaja’ adalah amalan kurafat politik yang mesti diperbetulkan,” katanya.

Beliau berkata, politik perubahan memerlukan ‘political will’ atau iltizam politik yang kuat daripada kepimpinan, selain keyakinan untuk melaksanakan tanggungjawab demi mengangkat aspirasi rakyat yang dahagakan perubahan.

“Ini bukan sahaja soal kepimpinan, tetapi soal rakyat bersama-sama memahami dan menyokong perubahan yang hendak dibina,” tegasnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3