Polis Marin tumpasan cubaan seludup rokok lebih RM3 juta di Lahad Datu, Tawau

LAHAD DATU – Cubaan tiga lelaki tempatan menyeludup lebih 2 juta batang rokok seludup dianggarkan bernilai RM3,099,050 dalam dua operasi berasingan di Lahad Datu dan Tawau berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah. 

Komandernya, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, tangkapan dan rampasan pertama dibuat di kawasan Batu 8, Jalan Silam, Lahad Datu kira-kira pukul 1 pagi, pada Khamis. 

Beliau berkata, dalam operasi itu dua lelaki berumur 32 dan 38 tahun ditahan Pasukan Polis Marin Lahad Datu.

“Hasil pemeriksaan keatas kesemua van, di dapati terdapat longgokan plastik hitam yang disyaki rokok seludup. 

“Sebanyak 1,622,800 batang rokok pelbagai jenama telah dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM2,087,420,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat. 

Sementara itu, serbuan kedua dilakukan Unit Gempur Marin (UNGGERIN) di perumahan Kampung Titingan Tawau kira-kira pukul 2.20 pagi. 

“Berlaku insiden kejar-mengejar dianggarkan satu jam apabila sebuah van putih dipandu lelaki berumur 43 tahun cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, dengan bantuan daripada IPD Kunak, IPD Tawau dan Unit Risikan Pasukan Polis Marin Tawau, pemandu dan van tersebut berjaya ditahan di Kampung Titingan.

“Pemeriksaan lanjut pada van menemui longgokan plastik hitam mengandungi 678,400 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1,011,630,” katanya. 

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Menurut Nazri, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“PPM Wilayah 4 Sabah terus komited membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” tegasnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula