Polis Marin Sandakan gagalkan seludup petrol haram RM84 juta

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menggagalkan cubaan memindahkan minyak petrol dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM84,070,000 secara haram membabitkan dua kapal di perairan Langkayan, di sini, pada Rabu lalu. 

Menerusi operasi pada pukul 11 malam itu, pasukan PPM Sandakan mengesan sebuah kapal besi dan sebuah kapal kumpit yang sedang berlabuh mencurigakan di lokasi berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati kapal besi terbabit baru selesai memindahkan sebanyak 100,000 liter minyak petrol ke kapal kumpit.

“Pemeriksaan lanjut di ruangan kapal besi itu masih terdapat kira-kira 900,000 liter minyak petrol.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM84,070,000,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurutnya, empat lelaki warga asing berusia antara 43 hingga 65 tahun yang berada di atas kapal turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Juragan dan kru kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran ‘bunkering’ daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Laut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Sehubungan itu, PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited dalam membanteras kegiatan jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan