Malaysia tegas kaji sebarang deklarasi berkait Palestin

MALAYSIA akan terus meneliti sebarang pembentukan deklarasi negara luar yang menyentuh berhubung penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel.

Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ketegasan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam menyatakan ketidaksesuaian beberapa prasyarat dalam Deklarasi New York nyata disambut baik pihaknya.

“Walaupun deklarasi itu kononnya bertujuan untuk mencapai keamanan, ia harus ditolak sekiranya mengandungi prasyarat yang secara halus mengabsahkan pendudukan haram Israel, menafikan hak rakyat Palestin atau menormalisasi penindasan yang telah berlangsung selama lebih tujuh dekad.

“Sebarang bentuk penyelesaian tidak boleh berpaksikan kepada kepentingan kuasa besar atau kehendak rejim Zionis semata-mata, tetapi wajib mengambil kira hak asasi rakyat Palestin yang telah lama dinafikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Syed Ibrahim menyeru Ahli Parlimen Malaysia, ahli-ahli parlimen serantau dan antarabangsa memperkasakan usaha dengan lebih berkesan melalui pelbagai platform termasuk di Parlimen ASEAN, Kesatuan Antara Parlimen (IPU), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sementara Malaysia berhati-hati dalam menilai Deklarasi New York, pendirian Malaysia wajib kekal konsisten berpihak kepada kebenaran, keadilan dan kemanusiaan dan mendesak perkara di atas.

“Tiada keamanan yang boleh dicapai tanpa keadilan dan tiada keadilan tanpa kebebasan sebenar untuk rakyat Palestin,” katanya.

Semalam, media melaporkan Malaysia bersetuju Palestin berhak menjadi sebuah negara merdeka tanpa perlu ditindas oleh rejim zionis, namun perlu berhati-hati dengan prasyarat yang disifatkannya tidak selaras dengan dasar luar negara Malaysia.

Mohamad Hasan dilaporkan berkata, terdapat usaha mewujudkan perdamaian kekal dengan cara menubuhkan negara Palestin seperti diusulkan The Hague Group, namun Malaysia kurang selesa dengan prasyarat yang ditetapkan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan