Kes Zara Qairina: Peguam gesa padam semua video dan gambar tular kes

KOTA KINABALU – Semua video dan gambar berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial diminta dipadam serta-merta bagi menghentikan spekulasi yang menambah tekanan kepada keluarga mangsa.

Gesaan itu dinyatakan firma guaman Hamid Ismail & Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarham dalam satu kenyataan media pada Rabu.

“Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami. Kami menyeru agar semua video dan gambar yang telah dimuat naik, disebarkan dan dikongsikan dipadam dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri sebagai peguambela dan peguamcara mewakili keluarga Allahyarham Zara turut menafikan dakwaan tular termasuk kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh serta dakwaan keluarga hanya membawa Allahyarhamah ke hospital pada jam 8 pagi, 16 Julai lalu.

“Anak guam kami tidak pernah memberi maklumat seperti didakwa kepada sesiapa.

“Kami memohon agar wanita dalam video tersebut tampil dan menyalurkan maklumat kepada polis untuk tujuan siasatan.

“Penyebaran gambar pelajar sekolah serta kenyataan negatif terhadap mereka merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain itu, penyebaran senarai nama pelajar dan maklumat peribadi mereka tanpa kebenaran juga melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” jelas mereka.

Peguam menegaskan bahawa semua pihak wajar menghormati proses siasatan dan tidak membina naratif yang mencetuskan persepsi salah kepada orang awam.

Dalam pada itu, mereka turut menyeru agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat sah berhubung kes berkenaan untuk terus menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar