RM122.99 juta, projek Jeti Mawilla 2 capai kemajuan fizikal 80 peratus

SANDAKAN – Projek pembinaan Jeti Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) bernilai RM122.99 juta kini hampir siap dengan kemajuan fizikal 80 peratus dan dijangka siap seperti jadual ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek berkonsepkan reka dan bina itu penting bagi memperkukuh pertahanan negara khususnya di kawasan timur Sabah.

“Pembinaan melibatkan dua jeti konkrit masing-masing sepanjang 300 meter x 20 meter dan 75 meter x 15 meter, dua pontoon konkrit, rumah bosun, bangunan mekanikal dan elektrikal serta kemudahan asas seperti tandas dan tangki air mengikut piawaian semasa,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Projek Pembinaan Jeti Mawilla 2 Sandakan, di sini pada Isnin.

Menurut Ahmad, Syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd. bertindak sebagai kontraktor utama, manakala projek dipantau Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Katanya, pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan yang mula beroperasi pada tahun 1994 kini mempunyai 964 pegawai dan anggota pelbagai unit termasuk kapal-kapal operasi TLDM.

“Projek ini bakal menyediakan kemudahan tambatan kapal lengkap dengan bekalan kuasa, minyak, air bersih dan telekomunikasi. Ini akan meningkatkan keselamatan kapal TLDM dan kapal tentera asing yang berlabuh.

“projek ini seiring aspirasi Kerajaan MADANI dan diharap dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota TLDM demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

“KKR mahu pihak JKR dan kontraktor meneruskan kerjasama erat dan libat urus berterusan supaya projek dapat disiapkan mengikut masa, kos serta kualiti ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu