Saadiah Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Electricity

KOTA KINABALU – Saadiah Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), berkuat kuasa 31 Julai 2025, menggantikan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja mengalu-alukan pelantikan tersebut serta menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu itu.

“Kami percaya kepimpinan beliau akan membantu mengemudi Sabah Electricity dalam menghadapi cabaran dan mencapai aspirasi syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad

Saadiah, 49, pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan di Khazanah Nasional Berhad.

Dalam pada itu, beliau yang berpengalaman lebih 24 tahun dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan program dan projek, libat urus pihak berkepentingan, pembangunan perniagaan, pemasaran, serta penyelidikan pasaran modal luar pesisir dan penarafan bon.

Saadiah juga pernah menjadi antara ahli awal yang terlibat dalam Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama 10 tahun (2005-2015), iaitu satu program nasional yang bertujuan mentransformasikan GLC kepada entiti berprestasi tinggi. 

Beliau turut terlibat dalam pelbagai projek bertaraf nasional sepanjang lebih 16 tahun perkhidmatannya di Khazanah Nasional Berhad. 

Sebelum itu, beliau berkhidmat dalam bidang pasaran modal di Labuan Offshore Financial Services Authority dan Malaysian Rating Corporation Berhad.

Dari segi kelayakan akademik, Saadiah memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Strategik Projek dari University College London (UCL) dan merupakan penerima Biasiswa British Chevening serta Biasiswa Global Khazanah. 

Selain itu, beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Kewangan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Glasgow Caledonian University, Scotland serta melengkapkan Program Eksekutif di London Business School dalam bidang Pelaksanaan Strategi untuk Keberhasilan.

Sebelum pelantikan ini, Saadiah merupakan Pengarah Bebas Suria Strategic Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat infrastruktur berkaitan tenaga milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF Inc.).

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok