Penurunan tarif ke 19 peratus, bukti kesungguhan PMX

KOTA KINABALU – Penurunan kadar tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, ke atas barangan import dari Malaysia kepada 19 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini menunjukkan bukti kesungguhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merancakkan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, sebelum ini Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif kepada Malaysia sebanyak 25 peratus.

Jelasnya, penurunan kepada 19 peratus disebabkan oleh komitmen Malaysia dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam membuat rundingan dengan pihak AS.

“Sentuhan akhir daripada Perdana Menteri yang telah dihubungi oleh  Presiden Trump dan sekali gus mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau dalam mendamaikan Kemboja dan juga Thailand, di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program International Young Future Leaders (i-FUTURE) @ Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2025 ‘Innovating Leadership: Empowering Youth For A Digital Future’ di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan PMX mendamaikan antara dua buah negara tersebut membuatkan Trump lebih percaya akan kebolehan negara Malaysia dalam menyelesaikan isu serantau.

“Jadi ini sebenarnya Trump amat kagum dan dengan perkembangan-perkembangan terkini, inilah yang menyebabkan Presiden Trump dan Amerika Syarikat mempercayai kebolehan kita, negara kita dan juga yang YAB Perdana Menteri.

“Jadi telah diturunkan ke 19 peratus, jadi ini sebenarnya memberi berita baik kepada negara kita, maknanya kita tidak lagi berdepan dengan tarif yang tinggi seperti negara-negara lain.

“Ini yang akan merancakkan ekonomi dalam negeri dan juga luar negara untuk Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan Program i-Future, Mustapha berkata ia merupakan salah satu program ‘trademark’ KPT yang dibawa ke setiap universiti.

Tambahnya, pihak kementerian mahu supaya mahasiswa di UMS dan juga IPTA serta IPTS di Sabah mendapat manfaat.

“Apa yang kita mahu ialah kita menyediakan mahasiswa ini untuk menjadi pimpinan pelapis.

“Jadi kita harap dengan pendedahan-pendedahan awal ini, mahasiswa ini akan dapat bersedia untuk mendepani cabaran apabila mereka berada di universiti dan juga selepas mereka berada di luar universiti,” ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya turut memfokuskan dasar-dasar penting selari dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang disampaikan oleh PMX baru-baru ini, kepada mahasiswa.

Turut hadir, Naib Canselor UMS, Datuk Dr Kasim Mansor.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram