Platform digital medium baharu ADUN Tanjong Papat dekati rakyat

SANDAKAN – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat melancarkan program ‘Follow Dulu, Hadiah Menanti’ sebagai usaha mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat menerusi platform digital.

ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, program berkenaan dilaksanakan melalui pengedaran apron khas yang tertera kod respons pantas (QR) bagi akaun rasmi media sosial beliau di beberapa lokasi strategik sekitar Sandakan.

“Antara lokasi termasuk Pasar Umum Sandakan, Pasar Elopura, Pasar Kim Fung, Pasar Sim Sim, Rancangan Rumah Murah Sim Sim serta kedai makan di Bandar Sandakan, Bandar Indah, Bandar Prima, Bandar Pasaraya, Bandar Kim Fung dan Bandar Utama,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurut Frankie, pendekatan digital itu memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat secara terus daripada pemimpin di samping memperkukuh interaksi dua hala dalam era teknologi maklumat masa kini.

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai penjaja, pengusaha kedai kopi dan pekerja restoran terus mengimbas kod QR yang disediakan serta memakai apron yang diedarkan,” katanya.

Sebagai penghargaan kepada mereka yang mengikuti ketiga-tiga akaun media sosial rasmi, katanya, cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai hadiah seperti payung, gelas, beg mesra alam, termos, buku nota dan lain-lain.

“Tuntutan hadiah boleh dibuat pada setiap Sabtu dan Isnin di Pusat Khidmat ADUN Tanjong Papat, Grandview dengan membawa kad pengenalan asal.

“Satu hadiah diberikan bagi setiap individu dan tertakluk kepada stok yang ada,” katanya.

Frankie turut merakamkan penghargaan kepada semua penjaja, pemilik kedai makan dan warga Sandakan yang menyambut baik inisiatif itu yang disifatkan sebagai bukti semangat komuniti bersatu dalam keterbukaan, komunikasi dan kemajuan bersama.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM