Syarikat China labur RM2.97 bilion dalam sektor ekonomi digital

PUTRAJAYA – Malaysia meraih pelaburan digital berjumlah RM2.97 bilion daripada syarikat teknologi terkemuka China, sekali gus membuka hampir 7,000 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, pencapaian itu hasil misi pelaburan ke China yang diketuainya baru-baru ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam transformasi digital dan inovasi.

Misi yang diadakan sempena Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2025 di Shanghai itu berjaya membawa komitmen pelaburan daripada syarikat Baidu (melalui Wisetech), Tsing Digital, iSoftStone, Inspur Group, China Mobile International dan China Unicom.

“Melalui status Malaysia Digital (MD) dan perkongsian strategik, kita memperkukuh daya saing digital global sambil membuka peluang baharu di Selangor, Johor dan Perak,” katanya kepada Bernama.

Gobind mempelawa syarikat China menubuhkan lebih banyak pusat inovasi di Malaysia bagi merealisasikan aspirasi menjadi hab inovasi digital ASEAN.

Beliau turut menekankan pembangunan ekosistem teknologi baharu seperti platform mobiliti autonomi dan pusat arahan nasional sebagai pemacu utama bandar pintar dan tadbir urus digital.

“Kepentingan agen kecerdasan buatan (AI) semakin kritikal dalam membentuk landskap digital moden, namun kejayaannya bergantung kepada keyakinan rakyat bahawa teknologi ini selamat, beretika dan selaras dengan nilai masyarakat,” ujarnya.

Malaysia juga akan melancarkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN semasa kepengerusian ASEAN tahun ini untuk menyelaras tadbir urus digital serantau.

Gobind dalam masa yang sama mencadangkan pembangunan rangka kerja pensijilan AI bagi memastikan teknologi baharu mencerminkan keutamaan negara, konteks budaya dan perlindungan etika.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM