Australia puji peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja

AUSTRALIA menzahirkan penghargaan kepada Malaysia di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranannya sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Menteri Luar Australia, Penny Wong yang turut memuji peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam menjayakan rundingan damai antara kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu.

Menurut Wong, langkah Malaysia menjadi pemudah cara kepada persetujuan gencatan senjata merupakan usaha diplomatik yang wajar diberi pengiktirafan antarabangsa.

“Kami menggesa kedua-dua pihak agar mematuhinya dan berusaha ke arah penyelesaian yang berkekalan serta aman.

“Australia menghargai kepimpinan Perdana Menteri, Anwar dan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, serta peranan yang dimainkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump,” katanya dalam hantaran di laman X rasminya.

Dalam kenyataan sama, Wong turut menghargai peranan yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang juga dalam meredakan ketegangan.

Bagaimanapun, Wong secara khusus menekankan kepimpinan Anwar dan komitmen Malaysia yang menjadi tunjang utama kejayaan rundingan tersebut.

“Kami mengalu-alukan persetujuan Thailand dan Kemboja terhadap gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.

“Usaha ini penting untuk menuju ke arah penyelesaian jangka panjang yang aman dan berkekalan,” katanya.

Semalam, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar bertindak sebagai hos, Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu.

Situasi ini bukan kali pertama Malaysia memainkan peranan penting dalam mendamaikan konflik serantau. Negara ini telah lama mendapat kepercayaan sebagai orang tengah yang berkecuali, termasuk dalam usaha perdamaian di Aceh, selatan Thailand dan selatan Filipina.

Konflik terkini antara Thailand dengan Kemboja bermula dengan pertempuran kecil pada 28 Mei lepas sebelum meningkat kepada pertembungan berskala besar pada 24 Julai.

Kedua-dua negara jiran itu telah lama bertelagah mengenai kawasan sempadan bersama sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad.

Related Posts

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli