TUDM tingkat tahap siap siaga anggota menerusi Latihan Kelawar

KUDAT – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan taktikal anggotanya melalui pelaksanaan Latihan Kelawar Siri 16/2025.

Menurut Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datuk Norli Hisham Alwi, pemilihan Kudat sebagai lokasi latihan kali ini berdasarkan faktor geografi yang strategik dan selamat untuk penerbangan serta operasi pelbagai dimensi.

Jelasnya, latihan ini menumpukan kepada operasi waktu malam dan bertujuan mengukuhkan keupayaan anak kapal pesawat serta Pasukan Khas ATM dalam melaksanakan operasi bersama yang tersusun dan efektif.

“Fokus latihan ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kemahiran dan kerjasama antara elemen TUDM dan Pasukan Khas ATM.

“Ia juga menilai kecekapan TUDM dan pasukan khas ATM di Op Pasir Utara serta keupayaan komunikasi kendalian sendiri di Pangkalan Udara Hadapan (FOB),” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan demonstrasi latihan di Lapangan Terbang Kudat, pada Ahad.

Latihan tersebut dilaksanakan di Op Pasir Utara, Pantai Timur Sabah iaitu bahagian Kudat yang merangkumi Pulau Banggi, Pulau Balambangan dan Tanjung Kapur bermula dari 21 hingga 30 Julai ini.

Dalam pada itu, beliau berkata antara aset terlibat juga merangkumi empat buah helikopter, dua EC725 dan dua AW139 dari Detasmen No. 3 SKN, No. 5 SKN dan No. 10 SKN.

Tambah Hisham, sokongan pasukan khas ATM melibatkan Pasukan Khas Udara (PASKAU), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Grup Gerak Khas (GGK).

“Latihan ini turut dijayakan melalui penyediaan aset sokongan seperti bot penyelamat, ambulans dan logistik darat oleh agensi keselamatan dan kecemasan lain seperti PDRM, APMM, Bomba, APM, Hospital Kudat serta pihak berkuasa tempatan.

“Latihan Field Training Exercise (FTX) ini melibatkan penerbangan taktikal helikopter, operasi pasukan khas serta misi ‘Personnel Recovery Search and Rescue’ (SAR) dan ‘Combat Recovery Operations’ (CRO) pada waktu malam.

“Latihan merangkumi udara, darat dan laut serta libat kerjasama agensi penguat kuasa bagi simulasi pelbagai domain operasi,” ujarnya.

Sebagai rekod, seramai 210 peserta terlibat dalam latihan ini yang merangkumi 66 pegawai dan 144 anggota lain-lain pangkat daripada pelbagai unit.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (KSMPOU), ⁠Mejer Jeneral Ramli Mohd Abd Jabar; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kudat, Chriscylda George; Pengarah Latihan TUDM, Leftenan Kolonel Ahmad Azrul Dzulkarnain dan Pegawai Daerah Kudat, Charles William Dabbi.

Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh 40 pelajar daripada lapan buah sekolah sekitar Kudat.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow