Turun Anwar: Himpunan orang kecewa, hati panas sebab tak dapat kuasa

KATA orang-orang tua, “marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.

Begitulah ibaratnya segelintir pihak yang mahu mengheret rakyat turun ke jalanan bukan kerana prinsip, tetapi kerana dendam politik yang membara.

Himpunan Turun Anwar yang dirancang esok jelas bukan gerakan rakyat sebenar. Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, ia tidak sehaluan dengan dua himpunan besar terdahulu, BERSIH dan Bantah ICERD yang tampil dengan tuntutan jelas dan agenda nasional.

“BERSIH mendesak reformasi pilihan raya. Bantah ICERD mempertahankan Perlembagaan. Tapi Turun Anwar? Tiada hala tuju, tiada cadangan, hanya kemarahan dan emosi politik.

“Turun Anwar? Nak turun sebab apa sebenarnya? Harga minyak dah umum nak turun. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih jalan. BUDI MADANI tengah bantu rakyat. Tarif elektrik dah rendah. Bantuan tunai RM100 masuk poket.

“Tapi pembangkang nak turun sebab apa? Sebab Anwar buat kerja? Atau sebab bos kamu tak dapat jadi PM? Cukup-cukuplah jadikan rakyat alat politik. Himpunan ni bukan pasal rakyat. Ini himpunan kecewa. Himpunan hati panas sebab hilang kuasa.

“Selepas jenuh meracun meratib UMDAP tak jalan, selepas berkali-kali nak ‘tebuk atap’ ranap tinggal mimpi pembangkang jadi tak tentu hala, kecewa tak dapat kuasa, lalu ajak rakyat jadi perisai jalanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menegaskan, himpunan anjuran Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Dataran Merdeka esok merupakan sandiwara untuk mencipta persepsi kononnya kerajaan tidak stabil.

“Padahal, jika benar yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lemah, bawa saja usul undi tak percaya di Parlimen yang sedang bersidang.

“Lebih penting, beritahu siapa sebenarnya calon PM yang mereka mahu angkat? Rakyat nak tahu juga. Berani atau tidak nyatakan secara terbuka. Rakyat bukan boneka, kalau mereka mahu tadbir negara, bentangkan wajah, bukan bayang-bayang.

“Dan satu lagi cabaran untuk mereka, adakah jika sudah berkuasa, semua cukai akan dihapuskan? Cakap nak bantu rakyat, tapi nak mansuh hasil negara? Berani jamin bantuan STR, BUDI MADANI, subsidi minyak dan bantuan tunai boleh dikekalkan,” soal Azhar.

Azhar menegaskan, himpunan ‘Turun Anwar’ ini bukan gerakan gelombang rakyat. Ia adalah pentas emosi pemimpin PN yang terdesak.

“Turun ke jalan tidak ubah harga barang, tapi boleh jatuhkan ekonomi dan keyakinan pelabur. Rakyat dah pernah kena sekali. Tak mahu kena tipu dua kali. Sedangkan kini rakyat sedang menikmati kebaikan Kerajaan MADANI. Jadi untuk apa sebenarnya mahu turun? Untuk rakyat atau untuk nafsu kuasa?

“Kita pernah turun kerana prinsip. Tapi jangan sesekali turun berdemonstrasi kerana dendam orang lain. Rakyat bukan bodoh. Rakyat tengok kerja, bukan drama,” katanya.

Related Posts

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

AYER KEROH – PKR diseru untuk tidak lagi terperangkap dengan sentimen politik identiti dan perkauman yang dimainkan pihak lawan demi mencipta persepsi negatif terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

AYER KEROH – Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah pihak lawan yang cuba menggambarkan kerajaan serta parti itu sebagai gagal melaksanakan agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony