Program khidmat nasihat undang-undang percuma perkasa akses keadilan rakyat Miri

MIRI – Usaha memperluas akses kepada keadilan diteruskan apabila Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menganjurkan Program Khidmat Nasihat Undang-Undang Percuma bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri, Pujut 4, pada 1 Ogos 2025 kelak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Malaysia MADANI, yang menekankan prinsip keadilan sosial dan keterangkuman untuk semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang kurang mampu mendapatkan khidmat guaman.

Diadakan dari jam 1.30 petang hingga 4.30 petang, program ini menawarkan khidmat nasihat undang-undang secara percuma oleh dua orang peguam bertauliah, meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan harian termasuk pengurusan pusaka dan penyediaan wasiat, hal ehwal perceraian dan hak penjagaan anak, isu penyewaan dan pemilikan hartanah, kes gangguan, fitnah serta jenayah kecil dan prosedur mahkamah dan dokumentasi undang-undang.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan mendekatkan rakyat dengan akses perundangan, selain meningkatkan tahap kesedaran undang-undang dalam komuniti.

“Keadilan bukan hanya untuk mereka yang mampu. Ia hak semua rakyat. Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada warga Miri, khususnya yang memerlukan nasihat undang-undang tetapi tidak berkemampuan mendapatkan khidmat profesional,” jelas beliau dalam kenyataan.

Program ini menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pendaftaran awal digalakkan kerana tempat adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di talian 012-852 0946.

Related Posts

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai sudah memperoleh restu daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal