Pelajar UTM digesa tolak Himpunan Turun Anwar

JOHOR BAHRU – Penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, digesa untuk menolak penganjuran Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, esok.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM, Muhammad Hazim Azatul Amery berkata, mahasiswa UTM adalah tonggak kepada masa depan negara dan tidak wajar dijadikan alat propaganda bagi mana-mana pihak.

“Sebagai badan kepimpinan pelajar yang diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kami berpegang teguh kepada tanggungjawab memelihara kepentingan mahasiswa, mendukung prinsip demokrasi yang matang, dan menjunjung nilai perpaduan serta kestabilan negara.

“Oleh yang demikian, MPP UTM menzahirkan pendirian tegas untuk tidak menyokong dan menolak penyertaan dalam himpunan ini,” katanya ketika dihubungi TMP.

Menurut beliau, MPP UTM percaya bahawa proses penambahbaikan dalam sesebuah negara perlu dilakukan melalui saluran sah, hujah intelektual dan wacana beradab.

“Ia bukan melalui tekanan jalanan atau tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan ketidakstabilan.

“Sewajarnya kita menjadi pembina solusi dan penyatu bangsa bukan pencetus konflik. MPP UTM menyer seluruh warga mahasiswa untuk kekal rasional, berhikmah dan terus menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

“Justeru, kami menyeru agar semua mahasiswa UTM tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan yang boleh mengundang risiko terhadap keselamatan awam, merosakkan keharmonian masyarakat atau diperalatkan untuk agenda politik tertentu,” katanya.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin