MCW sambut baik pengumuman PMX, pastikan tiada penerima berkelayakan tertinggal

PUTRAJAYA – Inisiatif penghargaan Kerajaan MADANI terhadap rakyat disifatkan tanda keprihatinan kerajaan terhadap tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, langkah tersebut dilihat dapat memberi kelegaan sementara kepada golongan yang terkesan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, keberkesanan bantuan itu amat bergantung kepada pelaksanaan yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab.

“MCW menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung beberapa langkah pro rakyat, termasuk bantuan tunai RM100 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA), penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, cuti umum tambahan, serta peningkatan peruntukan Jualan Rahmah MADANI kepada RM600 juta.

“Namun demikian, setiap sen wang rakyat mesti disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak, tanpa ketirisan, penyelewengan mahupun manipulasi sistem,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Sehubungan itu, Jais menyeru agar kerajaan tidak hanya bergantung kepada bantuan bersifat sekali beri (one-off) atau jangka pendek tetapi mengambil pendekatan lebih menyeluruh dan mampan bagi menangani akar umbi masalah rakyat.

Katanya, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah kestabilan harga barangan asas, isu pendapatan rendah dan pekerjaan tidak menentu di samping ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Rakyat hari ini mahukan lebih daripada bantuan tunai. Mereka mengharapkan penyelesaian jangka panjang dan sistem pentadbiran yang berteraskan amanah, kecekapan dan integriti.

“MCW akan terus komited dalam memantau pelaksanaan dasar-dasar ini serta menyuarakan kepentingan rakyat demi membina sebuah negara yang bebas rasuah, adil dan berdaya tahan,” katanya.

Terdahulu, Anwar pada pagi Rabu membuat pengumuman khas sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Siaran itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai apabila mencatatkan lebih 100,000 tontonan secara langsung dalam tempoh kurang daripada setengah jam.

Pengumuman tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menzahirkan penghargaan kepada rakyat serta menyampaikan maklumat penting berkaitan dasar dan langkah semasa kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu