Kadar tol tak naik, 15 September cuti pelepasan am

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kadar tol supaya rakyat terus menikmati harga yang sama ketika ini walau 10 lebuh raya dijadual meningkatkan kadar tol masing-masing pada tahun ini mengikut perjanjian.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta.

Katanya, ini antaranya melibatkan beberapa lebuh raya termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang turut disiarkan secara langsung di televisyen hari ini.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan 15 September depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, hari kelepasan ini bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” katanya.

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 September ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik.

Related Posts

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

KUCHING – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari kembali ke rahmatullah pada Khamis.  Berita duka itu disahkan menerusi satu kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

KAZAN – Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa dialog dan diplomasi perlu terus dijadikan asas utama dalam menangani pelbagai konflik serta ketegangan geopolitik dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu. Pendirian itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

TNB tanam 40,000 anak pokok hutan, bakau untuk MBGI

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah