Amanah Johor harap diberi peluang tawan 2 kerusi DUN baharu pada PRN

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berharap diberikan peluang untuk membuktikan kekuatan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai dan Kota Iskandar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kawasan Iskandar Puteri, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Amanah kawasan tersebut berkata, peluang itu wajar diberikan berdasarkan kekuatan akar umbi dan prestasi parti yang konsisten di dua DUN berkenaan.

“Selain itu, ia adalah demi menjamin kesinambungan pentadbiran yang progresif dan inklusif untuk rakyat.

“Amanah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pertandingan tiga penjuru jika perlu, dengan membawa agenda perpaduan rakyat, reformasi institusi dan pembangunan mampan.

“Pendirian itu dibuat bagi memastikan rakyat Johor terus diberikan pilihan terbaik dalam memilih wakil rakyat yang berprinsip, berwibawa dan berpaksikan kepentingan rakyat; bukannya terikat kepada agenda sempit politik kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, sebarang rundingan politik menjelang PRN perlu mengambil kira faktor calon dan kekuatan sebenar parti di kawasan masing-masing.

Kerusi DUN Skudai kini ditadbir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marina Ibrahim daripada DAP sementara ADUN Kota Iskandar pula diwakili parti komponen BN, Datuk Pandak Ahmad.

Related Posts

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

ULU TIRAM – Sambutan Aidiladha di sini bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditanduk kerbau dalam dua kejadian berasingan ketika ibadah korban pada hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

LIMBANG – Hubungan kukuh antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah amat penting dalam memacu kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar di negeri ini. Timbalan Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti