Polis sahkan kehilangan pempengaruh permotoran adalah rekaan

MUAR – Polis mengesahkan kes kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija yang disyaki lemas berikutan penemuan kenderaan dipandunya terjunam ke dalam sungai adalah insiden terancang antara mangsa dan adiknya.

Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, terdapat keraguan dalam kenyataan diberikan menyebabkan pihak polis mulai mengesyaki bahawa kehilangan tersebut adalah rekaan.

“Laporan polis yang dibuat adik mangsa berusia 30 tahun pada Selasa lalu disyaki mempunyai keraguan. Justeru, polis telah menukar kertas siasatan daripada kes orang hilang (OH) kepada laporan polis palsu, pemberian keterangan tidak benar serta bersubahat.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 38 tahun sebenarnya telah bertindak menenggelamkan sendiri kenderaan jenis Perodua Axia milik isterinya ke Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini.

“Sejurus itu, mangsa telah lari ke negara jiran dan adik mangsa yang turut bersubahat telah membuat laporan polis. Malah, adik mangsa juga menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Raiz Mukhliz, adik mangsa mengakui dia bersubahat dan polis kini membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua suspek iaitu Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK) kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan Seksyen 109 KK akibat bersubahat melakukan kesalahan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini telah ditahan dan siasatan lanjut akan diteruskan sebaik mendapat kebenaran menyiasat (OTI) daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Related Posts

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

KALABAKAN – Pewujudan koridor hidupan liar perlu diberi perhatian serius sebagai antara langkah jangka panjang bagi mengurangkan konflik antara gajah dan manusia yang berlaku di kawasan Parlimen Kalabakan. Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN