Majlis Peguam sambut baik pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara

PELANTIKAN pimpinan baharu jawatan kehakiman mendapat sambutan baik daripada Majlis Peguam sekali gus akan dapat mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dalam menegakkan standard kebebasan tertinggi dan berintegriti untuk negara.

Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang dilantik dan berharap mereka dapat menerajui badan kehakiman negara dengan penuh wibawa, keberanian serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan.

Beliau berkata, rekod menunjukkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

Jelasnya ketika menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Ahmad Farid menarik diri daripada mendengar satu kes berprofil tinggi berkaitan permohonan kemasukan Queen’s Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam membuat keputusan itu, Wan Ahmad Farid menyatakan beberapa pandangan penting berhubung kepercayaan awam terhadap badan kehakiman antaranya menegaskan bahawa tanggapan awam terhadap kebebasan badan kehakiman tidak seharusnya diragui.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau dalam menerajui badan kehakiman dengan penuh kewibawaan, keberanian, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan, Wan Ahmad Farid diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengumumkan pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Sementara itu, Majlis Peguam turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Hakim Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Hakim Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Menerusi kenyataan yang sama, Majlis Peguam turut menekankan kepentingan mengisi kekosongan jawatan penting yang lain membabitkan badan kehakiman.

“Walaupun pelantikan ini amat dialu-alukan setelah berbulan-bulan ketidaktentuan, penantian, dan spekulasi yang tidak perlu, masih terdapat banyak kekosongan jawatan penting, baik yang sedang berlaku mahupun yang bakal berlaku di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi.

“Majlis Peguam tetap berharap supaya semua kekosongan ini akan diisi dengan segera dan secara telus, demi memperkukuhkan keyakinan awam terhadap institusi kehakiman serta mempertingkatkan pentadbiran keadilan di negara ini,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled