Sistem Alamat Nasional pacu peralihan negara ke arah ekonomi digital lebih berdaya saing

PUTRAJAYA – Sistem Alamat Nasional (NAS) yang dilaksana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah salah satu pemacu utama dalam menyokong peralihan negara ke arah ekonomi digital yang lebih menyeluruh dan berdaya saing.

MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, dasar itu dilihat menjadi asas kepada pembangunan bandar pintar serta membolehkan pelaksana sistem pintar seperti pengangkutan awam bersepadu, pengurusan tenaga yang cekap dan pelbagai perkhidmatan automasi yang lain.

“Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 12 juta alamat, namun masih tiada pangkalan data nasional yang seragam. Ketidakseragaman data ini menjejaskan kecekapan perkhidmatan dan operasi, perancangan polisi, tindak balas kecemasan dan membawa kepada kebergantungan kepada teknologi luar.

“Sehubungan itu, NAS menjadi platform untuk memulakan wacana peringkat nasional mengenai dasar, sistem dan tadbir urus berkaitan alamat di Malaysia; memperkukuh pengurusan alamat secara bersepadu di seluruh negara selain mengenal pasti penyelesaian inovatif berkaitan pengurusan alamat,” katanya pada Khamis.

Suruhanjaya itu berkata demikian sempena Persidangan Alamat Nasional 2025 yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

Mengulas lanjut, MCMC berkata, sistem ini dijangka membawa pelbagai manfaat nyata kepada rakyat, memperkukuh sektor-sektor berasaskan lokasi seperti e-dagang, logistik dan perkhidmatan kurier.

“Dengan penggunaan alamat dan lokasi koordinat yang tepat bagi setiap destinasi, penghantaran dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, efisien, serta mengurangkan risiko kesilapan penghantaran,” katanya.

Terdahulu, Fahmi ketika ditemui media memaklumkan sistem NAS yang sedang dibangunkan kerajaan dijangka memberi limpahan ekonomi bernilai RM2 bilion dengan menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, sistem yang dipacu MCMC adalah reformasi sistem pengalamatan negara secara menyeluruh bagi menggantikan sistem sedia ada yang bercelaru dan tidak berpusat.

“Fokus utama NAS ialah mewujudkan satu sistem alamat yang sahih, standard dan boleh dimanfaatkan agensi kerajaan, syarikat utiliti, penyedia perkhidmatan serta sektor perniagaan.

“Malaysia kini memiliki kira-kira 12 juta alamat namun tiada satu entiti yang menyimpan maklumat lengkap secara berpusat. Malah maklumat alamat antara agensi pun tidak selaras. Nampak (isu ini) kecil, tetapi memberi kesan besar kepada penyampaian perkhidmatan termasuk syarikat utiliti, penghantaran kurier, logistik dan agensi kerajaan.

“Justeru, sebagai permulaan, semua alamat ini akan difailkan dalam sistem NAS yang menggunakan piawaian MS2039, Jabatan Standard Malaysia dengan setiap alamat akan diberikan geocode dan pengecam lokasi unik bagi memastikan keseragaman serta ketepatan maklumat,” katanya

Related Posts

PKS, komuniti sempadan dipastikan nikmati manfaat Zon Ekonomi Malaysia-Thailand

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan memastikan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand memberi limpahan manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan tempatan serta komuniti di kawasan sempadan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKS, komuniti sempadan dipastikan nikmati manfaat Zon Ekonomi Malaysia-Thailand

PKS, komuniti sempadan dipastikan nikmati manfaat Zon Ekonomi Malaysia-Thailand

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam