Kilang haram proses aluminium diserbu, logam bernilai RM10 juta dirampas

BATU GAJAH – Sebuah kilang memproses barangan aluminium dan buangan berjadual yang beroperasi tanpa kebenaran sah di Kawasan Perindustrian Pengkalan, dekat Pusing, di sini, diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada malam Rabu.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 7.30 malam itu melibatkan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Shamsul Baharin Aman berkata, pihaknya menemui kira-kira 1,221.3 tan logam aluminium serta pelbagai mesin dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemprosesan secara haram.

“Premis ini dikesan menjalankan aktiviti pemprosesan aluminium tanpa lesen atau permit sah mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu sidang media di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pengurus kilang telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah pelbagai peralatan dan sebuah lori, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan mencecah RM11.81 juta.

Hasil siasatan awal mendapati kilang terbabit dipercayai telah beroperasi secara haram sejak dua tahun lalu dengan dibantu oleh seramai 10 pekerja. Setiap produk logam aluminium yang diproses dipercayai dihantar ke luar negara melalui ejen tertentu.

“Anggaran keuntungan bulanan kilang ini sekitar RM20,000. Kita juga mengesyaki terdapat aktiviti penyeludupan bahan mentah dari luar negara untuk diproses dan dieksport semula,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah JAS Perak, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh memaklumkan, bahan utama yang diproses di premis tersebut merupakan buangan industri di bawah kod SW422, iaitu campuran logam dan pelarut kimia (solvent), yang dikategorikan sebagai buangan berjadual.

“Semasa pemeriksaan, kami turut mengesan aktiviti pembakaran menggunakan minyak paralisis tayar. Pembakaran tanpa alat kawalan pelepasan yang sempurna ini boleh menyebabkan pencemaran bau yang serius ke udara,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 6 Akta Peniaga Sekenhend 1946, serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2017.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar