MAWILLA 2 terima empat bot pemintas laju, perkukuh kawalan laut Sabah

SANDAKAN – Keupayaan operasi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dalam menangani ancaman keselamatan di laut khususnya di Pantai Timur Sabah terus dipertingkat menerusi penyerahan empat lagi Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Craft – FIC) G2000 MkII.

Penyerahan rasmi bot berkenaan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim dalam satu majlis yang turut menyaksikan acara menandatangani dokumen serah terima antara wakil Syarikat Gading Marine, Datuk Jamalolail Mohd Yatim dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Abdul Manan Mazlan di MAWILLA 2, di sini, pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAWILLA 2, FIC G2000 MkII dilengkapi sistem persenjataan automatik ‘Remote Control Weapon Station’ (RCWS) dan senjata berkaliber 12.7 milimeter (mm) ‘Heavy Machine Gun’ (HMG).

“Sistem ini membolehkan pengoperasian senjata jarak sederhana dengan ketepatan tinggi, sekali gus meningkatkan keupayaan tempur serta keselamatan kru ketika menjalankan operasi di laut.

“Selain itu, bot berkenaan juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 50 knot menjadikannya sesuai untuk tugasan pintasan di kawasan perairan strategik,” kata kenyataan itu, pada Rabu.

Menurut kenyataan sama, keupayaan kelajuan tinggi ini diyakini dapat mempercepatkan tindak balas dalam menangani pelbagai bentuk ancaman termasuk pencerobohan dan kegiatan jenayah rentas sempadan di wilayah timur Sabah di samping memperkukuh kesiapsiagaan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Empat bot pemintas tersebut merupakan sebahagian daripada 13 unit bot baharu yang diperoleh TLDM secara berperingkat melalui tiga fasa.

Februari tahun lalu, MAWILLA 2 menerima dua bot menjadikan jumlah keseluruhan bot pemintas di bawah kendalian pasukan itu kini sebanyak enam bot.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur