Perlembagaan sudah ada mekanisme tangani salah laku hakim

PUTRAJAYA – Perlembagaan Persekutuan menetapkan mekanisme jelas bagi menangani salah laku hakim, dengan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat dakwaan salah laku itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kuasa berkenaan dinyatakan secara khusus mengikut Perkara 125(3) dan (4) Perlembagaan, dengan hakim yang disiasat boleh digantung tugas atas nasihat Perdana Menteri setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara.

Selain itu, katanya, Perkara 125(3A) pula memperuntukkan kuasa kepada Ketua Hakim Negara untuk merujuk sebarang pelanggaran etika kepada Jawatankuasa Etika Kehakiman mengikut Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 [Akta 703].

“Perkara 125(3B) membolehkan penetapan kod etika bertulis bagi menetapkan piawaian tinggi kelakuan dan integriti hakim,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ‘Judges Code of Ethics 2009 [P.U. (B) 201/2009] – yang berkuat kuasa sejak 1 Julai 2009 – turut menjadi rujukan penting bagi menetapkan standard tingkah laku hakim secara jelas dan berlandaskan undang-undang.

Semalam, Majlis Peguam Malaysia ketika menyertai ‘Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman’ menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri, antaranya mengenai kelewatan pelantikan hakim atasan.

Memorandum itu turut menggesa kerajaan menyiasat dakwaan wujud campur tangan dalam sistem kehakiman, selain isu kebocoran dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC).

Berhubung ‘Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman’ semalam, Azalina berkata, Kerajaan MADANI mengambil maklum kebimbangan dibangkitkan dan menegaskan komitmen menangani isu terbabit secara bertanggungjawab dan telus, berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, sebagai usaha meningkatkan ketelusan dalam prosedur pelantikan Hakim Mahkamah Atasan, pada minggu lalu Kerajaan MADANI mengumumkan pelaksanaan Kajian Perbandingan Sistem Pelantikan Kehakiman yang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) secara bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Kajian ini untuk memberikan kejelasan yang lebih baik mengenai peranan JAC dan pada masa sama menangani sebahagian isu yang turut dibangkitkan oleh Majlis Peguam Malaysia,” katanya.

Azalina berkata, kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan semua pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia – yang juga akan dijemput menyertai kajian terbabit – bagi memastikan sistem pelantikan hakim yang lebih telus, berintegriti dan diyakini rakyat.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi