PM, Ahli Parlimen PH bincang isu semasa dan persiapan sidang Parlimen

PERTEMUAN antara Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada jam 4.30 petang hari ini dijangka memberi tumpuan kepada taklimat isu semasa serta perkembangan dasar kerajaan.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, beliau percaya pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan lanjut tentang pelbagai isu penting yang melibatkan negara pada masa ini.

“Ia juga sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan blok kerajaan menjelang sidang Parlimen akan datang,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menjelaskan, pertemuan berkenaan turut berfungsi sebagai platform untuk memperincikan segala isu berbangkit agar Ahli Parlimen PH lebih bersedia dalam menyampaikan dasar dan suara kerajaan kepada rakyat.

Pada minggu lalu, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Pertemuan itu diadakan bagi memberikan penjelasan berhubung beberapa dasar penting kerajaan serta memperkukuh hubungan kerjasama dalam kalangan wakil rakyat Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar