Akta JAC tak ikat pelantikan hakim

AKTA Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah peruntukan undang-undang yang mengikat dalam menentukan pelantikan hakim, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, Akta JAC 2009 itu hanya berperanan menapis, menilai dan mencadangkan nama-nama calon kepada Perdana Menteri.

“Pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Akta JAC lebih kepada menapis, menilai dan mengatur (cadang) nama-nama calon, tetapi ia bukan akta finalisation (yang mengikat). Cadangan itu tidak mengikat.

“Nama-nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Kalau niat mahu proses JAC itu mengikat, maka Perlembagaan perlu dipinda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Pengerang, Kota Tinggi, pada Ahad.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO meminta semua pihak merujuk hansard Dewan Rakyat ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, memegang jawatan berkenaan.

“Ketika itu, Mohamed Nazri memaklumkan bahawa Akta JAC itu lebih kepada pentadbiran, dan ia tidak mengikat.

“Kalau niat nak mengikat, kena dibuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi isunya Perkara 122B masih tidak dipinda.

“Perkara berkenaan tidak menyebut bahawa adanya Akta JAC yang wajib mengikat.

“Jadi jika kita tafsirkan undang-undang ini, dia membezakan antara duanya (Akta JAC dan Perkara 122B),” katanya.

Related Posts

Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

PUTRAJAYA – Naratif kononnya kerajaan sedang menunggang institusi tahfiz untuk membuka laluan pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah tidak tepat yang membuktikan struktur sebenar sistem pendidikan negara tak difahami…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

IPOH – Keputusan kerajaan berhubung isu kelulusan diberikan kepada lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibuat secara seimbang dan tidak wajar dipolitikkan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

Sektor kesihatan Sarawak harap peruntukan Persekutuan terus diperkukuh – Dr Sim

Sektor kesihatan Sarawak harap peruntukan Persekutuan terus diperkukuh – Dr Sim

Program Outreach Sejahtera MADANI bantu belia eKasih bina masa depan cerah

Program Outreach Sejahtera MADANI bantu belia eKasih bina masa depan cerah

Sarawak pacu ekonomi hijau ASEAN, perkasa pendidikan dan teknologi

Sarawak pacu ekonomi hijau ASEAN, perkasa pendidikan dan teknologi

ECRL pelengkap struktur ekonomi Pahang

ECRL pelengkap struktur ekonomi Pahang

Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX