Hanya pertemuan biasa PM dengan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan – Zambry

TIADA yang luar biasa dalam pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, malam semalam.

Sebaliknya, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pertemuan itu hanya rutin biasa yang selalu dilakukan Perdana Menteri dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, pertemuan itu hanya membincangkan perkembangan isu semasa dan dasar kerajaan.

“Pertemuan ini sering diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa dengan taklimat disampaikan Perdana Menteri malam tadi.

“Ia sering diadakan dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan diadakan secara berkala.

“Saya tidak boleh jelaskan secara terperinci berhubung perbincangan malam tadi, namun tiada isu khusus dibincangkan, sebaliknya ia berkait dasar dan isu semasa yang memerlukan penjelasan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli, di Jeli, hari ini.

Meskipun diasak wartawan dengan soalan yang berkait beberapa isu, namun Zambry enggan mendedahkannya.

“Apa isunya yang dibangkitkan tidak perlu saya perincikan, cukup saya maklum secara umum,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, pertemuan antara Anwar dengan beberapa menteri dan Ahli Parlimen BN, berakhir kira-kira jam 9.20 malam semalam.

Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat keluar pada jam 9.34 malam, disusuli Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, empat minit kemudian.

Related Posts

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

KUCHING – Apabila berdepan dengan sesuatu insiden kecemasan atau kontroversi, kecekapan sesebuah organisasi menguruskan komunikasi krisis sering kali menjadi penentu antara kelangsungan integriti ataupun kemusnahan reputasi.  Bagi memberi pendedahan mendalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menyifatkan bahasa kesat dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengulas isu premis judi adalah penghinaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dan Perlembagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

  • By Ezmie
  • August 27, 2026
Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah