KPM perlu tegas isu lelongan arak di sekolah – Amanah

AKTIVITI lelongan minuman beralkohol yang berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Pontian baru-baru ini disifatkan sebagai kesalahan serius yang tidak wajar berlaku.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Sosial Amanah, Azli Yusof berkata, ini berikutan sekolah adalah sebuah institusi pendidikan yang seharusnya menjadi medan dalam membentuk sahsiah dan nilai moral seorang murid.

Justeru kata beliau, bagi mengelakkan hal seumpamanya berlaku, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didesak untuk mengeluarkan garis panduan berhubung jenis aktiviti yang dibenarkan di kawasan sekolah.

“Amanah melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap insiden pergaduhan yang berlaku dalam kawasan sekolah, melibatkan satu majlis lelongan arak di sebuah sekolah rendah di Pekan Nanas, Pontian baru-baru ini.

“Kami mengambil maklum bahawa majlis berkenaan adalah program tahunan yang merupakan sebahagian daripada usaha mengumpul dana (fundraising) oleh pihak tertentu.

“Walau bagaimanapun, penganjuran aktiviti melibatkan alkohol dalam premis institusi pendidikan, apatah lagi sehingga mencetuskan kekecohan, adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan peranan sebenar institusi pendidikan sebagai tempat yang membina peradaban dan nilai murni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Shofee Tayib dilaporkan berkata, 18 individu ditahan gara-gara satu pergaduhan yang tercetus sewaktu aktiviti lelongan arak di sebuah sekolah di Pekan Nanas, di sini.

Media melaporkan, kekecohan berlaku apabila beberapa individu membaling kerusi ke arah pentas dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan harga arak yang dilelong dalam satu majlis makan malam amal.

Shofee berkata, empat lelaki telah mengaku bersalah semalam dan didenda RM700 setiap seorang atas kesalahan menyebabkan pergaduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai