Kategori aksi dan lagak ngeri terbaik dipertandingkan pada FFM34

AKSI dan lagak ngeri terbaik merupakan kategori baharu yang dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).

Pengumuman itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching yang berkata, ia merupakan satu pengiktirafan kepada keberanian dan profesionalisme karyawan dalam menjayakan babak aksi secara selamat dan berkualiti tinggi.

Jelasnya, ia berikutan lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan yang bukan sahaja semakin berkualiti dari segi teknikal dan aspek keselamatan, malah turut mencatat nilai tontonan yang tinggi.

“Kategori ini diwujudkan bagi menghargai usaha luar biasa tenaga produksi, pasukan teknikal serta pelakon lagak ngeri yang sering berada di barisan hadapan babak berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media rasmi pelancaran FFM34 yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang, hari ini.

Bertemakan “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, FFM34 yang dianjurkan oleh FINAS dengan sokongan Kementerian Komunikasi, akan berlangsung pada 8 November 2025 dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.

Penganjuran kali ini dijangka menyaksikan penyertaan lebih 60 filem tempatan, membuktikan tahap produktiviti dan komitmen industri filem negara yang terus berkembang pesat meskipun berdepan cabaran pascapandemik.

Sebanyak 30 kategori akan dipertandingkan pada edisi kali ini, termasuk kategori khas seperti Anugerah Khas Filem Box Office, Anugerah Khas Juri, dan Anugerah Sepanjang Zaman.

Bukan itu sahaja, Nie Ching berkata, prestasi semasa industri turut menunjukkan momentum positif setakat 30 Jun lalu, sebanyak 39 buah filem telah ditayangkan dengan kutipan mencecah RM162.89 juta, berbanding RM125.28 juta untuk tahun 2024.

“Filem animasi Ejen Ali The Movie 2 pula mencipta sejarah sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi iaitu lebih RM55 juta,” katanya.

Nie Ching turut menegaskan bahawa FFM34 bukan sekadar malam anugerah, sebaliknya merupakan platform strategik bagi mengukuhkan ekosistem industri, memupuk diplomasi budaya, memperluas jaringan kerjasama dan membuka ruang pelaburan baharu.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia