Penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed meninggal dunia

MANJUNG – Dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed yang meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru “Legend All Star” sempena Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak malam Sabtu.

Perlawanan tersebut menemukan pasukan legenda Pulau Pinang dan legenda Kedah dalam suasana penuh nostalgia dan semangat persahabatan.

Difahamkan, kekecohan turut berlaku apabila seorang lagi individu dilaporkan pengsan ketika insiden menimpa Allahyarham.

Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kecemasan sebelum Firos dikejarkan ke Hospital KPJ Manjung, namun beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

Penang FC dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar buat dunia bola sepak negeri dan negara.

“Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” kata kenyataan itu.

Pemergian mengejut Firos turut dirasai rakan-rakan sepasukan dan penyokong yang menyaksikan perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi beliau dilihat cergas dan aktif sepanjang aksi berlangsung sebelum rebah secara tiba-tiba.

Allahyarham dikenang sebagai penjaga gol unggul yang mewakili skuad Harimau Kumbang pada era 90-an, dan menjadi inspirasi kepada generasi pemain muda Pulau Pinang.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut hadir menemui keluarga Allahyarham di hospital malam tadi.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja buat keluarga beliau, malah kepada komuniti bola sepak tanah air.

“Segala bentuk bantuan yang diperlukan akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham, termasuk urusan pengebumian dan penghantaran jenazah agar semuanya dipermudahkan.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Firos Mohamed. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” kata Zambry menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

Perlawanan bersejarah itu merupakan kali pertama diadakan dan melibatkan empat negeri utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

80 Menu Sabahan tonjol warisan etnik Sabah

80 Menu Sabahan tonjol warisan etnik Sabah

Kanak-kanak lelaki maut, 11 cedera kemalangan 3 kenderaan

Kanak-kanak lelaki maut, 11 cedera kemalangan 3 kenderaan

Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN

Parti Kancil Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun M – MAPAN

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta