Bukit Lambir terus jadi tumpuan pelancong, pencinta alam

LAMBIR – Taman Negara Bukit Lambir kekal menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara yang menggemari keindahan alam semula jadi serta aktiviti lasak di Sarawak.

Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Miri, taman ini menerima purata sekitar 900 pengunjung setiap bulan, sekali gus membuktikan popularitinya dalam kalangan pencinta alam.

Menurut wakil pengurusan taman, kebanyakan pengunjung datang untuk menikmati suasana hutan hujan tropika, meneroka laluan denai, mandi-manda di air terjun serta melawat tapak telaga minyak lama yang menjadi warisan sejarah kawasan itu.

“Taman ini bukan sahaja sesuai untuk rekreasi, malah berpotensi besar dalam bidang pendidikan alam sekitar dan penyelidikan saintifik,” katanya.

Penjawat awam, Nadzirah Julai, menjadikan taman itu sebagai lokasi riadah hujung minggu untuk mendaki dan menguatkan stamina.

“Saya sukakan suasana hutan di sini. Ia memberi ketenangan dan menjadi terapi minda sambil beriadah,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Pengunjung, Emelyn pula meluahkan keterujaan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke taman berkenaan.

“Saya sangat seronok kerana dapat menikmati keindahan semula jadi dan berkenalan dengan ramai orang sepanjang pendakian,” ujarnya.

Taman tersebut turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pusat maklumat, kawasan rehat dan papan panduan laluan yang membantu pergerakan dan keselamatan pengunjung.

Dengan keindahan alam yang masih terpelihara, Taman Negara Bukit Lambir terus menjadi antara destinasi ekopelancongan utama di Sarawak.

Related Posts

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

TANGKAK – Usaha memperkukuh peranan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat yang berkesan terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

SEMPORNA – Polis menahan dua individu warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan membuat bom ikan dalam satu serbuan di dua rumah tidak bernombor di Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok