AI perlu diguna secara hikmah, bukan ganti nilai kemanusiaan – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan nilai kemanusiaan, sebaliknya harus digunakan secara berhikmah untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan kewartawanan di Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Media Sarawak 2025 (SMeC) di Kuching pada Rabu. 

“AI tidak mempunyai sentuhan kemanusiaan. Seperti pisau yang dicipta untuk memasak tetapi boleh disalah guna untuk mencederakan, AI juga memerlukan parameter moral yang jelas agar tidak disalahgunakan, khususnya oleh pelajar,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak menyokong pembangunan teknologi AI dalam sektor pendidikan, namun penerapan nilai dan etika moral perlu berjalan seiring agar generasi muda dapat menggunakannya dengan bijak dan bertanggungjawab.

Dalam konteks kewartawanan pula, Abang Johari menegaskan peranan wartawan tidak boleh digantikan AI kerana wartawan bertanggungjawab menyampaikan mesej dengan jiwa, menyuarakan suara yang tertindas dan memastikan pihak berkuasa dipertanggungjawabkan.

“Wartawan bukan sekadar penyampai maklumat, tetapi penjaga kepercayaan awam. Mereka membina hubungan dengan masyarakat dan menyampaikan mesej yang mendalam,” jelasnya.

Beliau turut menyeru agar para pengamal media di Sarawak menjadi perintis dalam memanfaatkan teknologi AI secara beretika dan berhemah.

“Kita mahu Sarawak menjadi negeri yang progresif dalam penggunaan teknologi, tetapi pada masa sama kekal berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan dan budaya tempatan,” ujarnya.

Abang Johari turut menyatakan bahawa sentuhan manusia tetap tidak boleh dipinggirkan walaupun teknologi mampu memproses maklumat dengan pantas.

“Hanya manusia yang mampu memahami emosi dan membina kepercayaan masyarakat,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut melihat potensi AI untuk menyokong sistem perubatan di kawasan luar bandar melalui kaedah teleperubatan.

“Mungkin AI akan ambil alih fungsi jururawat, menjalankan tugas-tugas secara lebih tepat dengan bantuan teknologi robotik,” katanya.

Beliau yakin penggunaan AI dalam sektor kesihatan akan memudahkan akses perubatan kepada penduduk, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Mengulas mengenai perkembangan teknologi, Premier Sarawak menjangkakan kecerdasan buatan generasi kedua akan diperkenal dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Katanya, teknologi baharu itu sedang dibangunkan oleh para saintis dan dijangka mampu menjadi semak dan imbang kepada AI sedia ada yang mudah dimanipulasi termasuk dalam aspek pengecaman wajah manusia.

“Ini penting agar kita tidak menjadi mangsa kepada AI, sebaliknya mengawalnya untuk manfaat manusia,” tambah beliau.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang