PKS perlu manfaat perkembangan AI

PUTRAJAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa seger menerapkan teknologi digital, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi tuntutan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta bersaing dalam landskap ekonomi masa hadapan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, penggunaan teknologi terkini adalah penting bagi membolehkan sektor PKS bergerak seiring dengan perubahan global dan menyokong usaha kerajaan ke arah pendigitalan menyeluruh.

Katanya, antara inisiatif dilancarkan bagi menyokong transformasi ini ialah platform ESGAMConnect yang dibangunkan untuk membantu PKS mencapai sasaran ESG mereka.

“PKS membentuk lebih 97 peratus dari struktur ekonomi negara. Maka, penyertaan sektor ini amat penting dalam menjayakan agenda ekonomi digital dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam ekonomi baharu,” katanya selepas melancarkan ESGAMConnect, hari ini.

ESGAMConnect ialah platform berasaskan AI dibangunkan Persatuan ESG Malaysia (ESGAM) bersama iForte Intelligence Sdn Bhd.

Ia menawarkan ekosistem digital menyeluruh yang menyediakan pembantu maya pintar untuk membantu syarikat mengurus dan mematuhi amalan ESG dalam rantaian operasi mereka.

ESGAM dalam satu kenyataan menjelaskan, platform itu menawarkan modul latihan, pembangunan bakat ESG, penilaian digital untuk mengenal pasti jurang pematuhan serta direktori menghubungkan syarikat dengan pakar perunding, juruaudit dan penyedia penyelesaian ESG yang diperakui.

Ia juga menyokong pelaporan dan audit ESG, menyediakan panduan badan akreditasi dan menyenaraikan platform serta pasaran kredit karbon berkaitan.

Platform ini juga menawarkan hab pembiayaan serta akses kepada geran dan skim pinjaman hijau kerajaan, yang dilihat mampu mempercepatkan pertumbuhan berteraskan ESG dalam kalangan PKS.

Related Posts

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff