Petani tarik nafas lega insentif pembajakan, penuaian akan diselesaikan

ALOR SETAR – Selepas lebih setahun menanti, pesawah akhirnya menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pembayaran insentif pembajakan dan penuaian yang akan diselesaikan sepenuhnya sebelum 31 Julai ini.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, pengumuman itu amat dinanti-nantikan oleh pesawah yang berdepan tekanan kos operasi yang semakin tinggi sejak pemansuhan subsidi diesel pada Jun 2024.

“Kita menyambut baik berita ini selepas setahun menunggu. Ini janji yang kerajaan sendiri umumkan untuk bantu pesawah yang kini berada dalam keadaan sukar.

“Ada yang sudah putus asa untuk teruskan aktiviti tanaman padi kerana kos terlalu tinggi. Dengan pemberian ini, walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit beban yang ditanggung,” katanya kepada media hari ini.

Abdul Rashid berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Sabtu memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan insentif yang akan dibayar ialah RM210 perhektar permusim merangkumi RM160 untuk pembajakan dan RM50 untuk penuaian.

Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (FSCC) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Jun lalu.

Sebelum ini, PeSAWAH menzahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kerana didakwa gagal menunaikan janji subsidi yang diumumkan sebagai ganti kepada pemansuhan subsidi diesel.

Abdul Rashid berkata, sejak dasar penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, para pesawah terpaksa menanggung peningkatan kos operasi sehingga 55 peratus.

“Peningkatan mendadak ini telah memberi beban kewangan yang serius kepada pesawah, sedangkan janji insentif pembajakan dan penuaian diumumkan sebagai langkah untuk meringankan beban tersebut,” ujarnya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK