ADUN Tanjung Batu, Sindumin mahu bersih nama babit rasuah di mahkamah

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengaku tidak bersalah dan menegaskan pendirian mereka untuk membersihkan nama mereka melalui proses mahkamah.

Terdahulu, dua ADUN tersebut didakwa menerima suapan berjumlah RM350,000, Yusuf menerima RM200,000 dan Andi, RM150,000 daripada seorang Ahli Perniagaan, Albert Tei berkaitan urusan perolehan lesen mineral di Sabah.

Yusof menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes rasuah ini dan biarkan sistem keadilan dan proses mahkamah menentukan.

“Kami yakin dengan sistem keadilan dan proses mahkamah negara ini. Jadi, sekarang saya dan YB Andi istilahnya satu ‘man or a person is innocent until proven guilty’.

“Jadi kami tidak mahu ini mengganggu kami dan kami fokus dengan tugas sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat di kawasan dan tugas-tugas lain.

“Jadi kami yakin bahawa kami dapat membersihkan nama kami melalui proses mahkamah ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Andy turut percaya dengan kedaulatan undang-undang negara ini akan berjalan dengan telus dan baik.

“Jadi dalam proses inilah, saya akan bersama-sama dengan Dr. Yusof akan membuktikan kami tidak bersalah, kami akan membersihkan nama kami dan insyaAllah dia akan berjalan dengan baik.

“Saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan itu yang paling utama,” katanya.

Dalam pada itu, Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes rasuah ketiga-tiga mereka.

Hakim Jason Juga turut memerintahkan Datuk Andi dan Datuk Yusof dijamin sebanyak RM50,000 masing-masing dengan deposit RM10,000, manakala Albert dibenarkan diikat jamin RM60,000 dengan deposit RM15,000.

Kedua-dua ADUN tersebut diwakili pasukan peguam Datuk Ram Singh, Datuk Rizwandean Bukhary dan Shahlan Jufri manakala Albert diwakili oleh Bartholomew Jingulam, Edward Paul dan Jul Hamri Jumhani.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pula diwakili oleh pegawai pendakwa raya, Rustam Sanip, Nurul Izzati Sapifee dan Rekhraj Singh.

Related Posts

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini, membabitkan semua kategori pengundi yang layak. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar