PKR Sabah kutuk keras peserta demonstrasi bakar karikatur PMX 

KOTA KINABALU – PKR Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau peserta demonstrasi yang membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, tindakan peserta demonstrasi tersebut adalah melampau dan tidak relevan.

“Tindakan itu telah mencemarkan perjuangan gerakan anak muda di Sabah.

“Kita memang biasa menyuarakan pandangan kita, berdemonstrasi di jalanan dulu, tapi tidak pernah dalam sejarah Sabah ini kita membakar karikatur wajah seorang Perdana Menteri apalagi mengecam institusi Diraja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di Pejabat MPN di sini pada Ahad.

Jelasnya, PKR Sabah percaya bahawa kebebasan bersuara adalah asas kepada sebuah demokrasi yang matang dan sihat. 

“Mahasiswa, anak muda dan masyarakat sivil bebas membangkitkan isu-isu seperti krisis bekalan air, kelemahan pengurusan sumber negeri dan ketirisan dalam projek awam.

“Walau bagaimanapun, PKR Sabah sekali lagi menegaskan bahawa tindakan peserta demonstrasi membakar karikatur wajah Perdana Menteri adalah melampau dan tidak relevan dalam usaha seluruh rakyat Malaysia menolak Rasuah di Sabah khususnya dan Malaysia amnya,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Mustapha mengumumkan pelantikan baharu Ahli MPN PKR Sabah yang baharu bagi persiapan awal jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah.

“Antara nama pelantikan Ahli MPN PKR Sabah, Penasihat 1, Datuk Seri Christina Liew; Penasihat 2, Abdul Rahman Yakub; Pengerusi MPN, Datuk Ts Mustapha Sakmud; Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) Sabah, Datuk Peto Galim; Naib Pengerusi 1, Datuk Sangkar Rasam; Naib Pengerusi 2, Azmi Datu Tambuyung dan Naib Pengerusi 3, Mohd Amin Mem. 

“Ketua Wanita pula oleh Datin Rupinah Pangeran manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zaidi Jatil.

“Setiausaha merangkap Pengerusi Bersama JPRN, Abdul Razak Jamil; Bendahari, Stefly Said; Ketua Penerangan, Ahmad Farid Sainuri; Pengarah Komunikasi, Mohd Guntur Datuk Sangkar;  Setiausaha Pengelola, Grace Lee dan Ahli Biro Politik, Ag Husaini Datuk Ag. Safari,” katanya.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR