Mengenali manusia yang berguna dan dipergunakan

SETIAP manusia yang hidup di muka bumi ini ada peranan dan fungsi mereka.

Peranan dan fungsi itu menjadikan mereka itu – sama ada – berguna atau tidak.

Tapi, semuanya memiliki tugas masing-masing yang membezakan antara satu sama lain.

Dan setiap kekurangan satu manusia itu dilengkapi pula oleh seorang lagi manusia, akhirnya kita semua memiliki peranan tersendiri.

Atau dengan lain perkataan, kita semua adalah berguna, cuma kadang-kala dipergunakan.

Manusia yang suka mengambil kesempatan akan mempergunakan orang lain, demi keuntungan mereka.

Apa keuntungan yang mereka dapat? Terpulang kepada kemahuan mereka, namun biasanya ia membabitkan kuasa dan kawalan dalam membuat keputusan.

Kedudukan sama ada kita itu berguna atau tidak, memang akan membabitkan hubungan antara manusia.

Kita – manusia – pada asasnya adalah sama. Dilahirkan, dibesarkan, hidup dan kemudian mati.

Ada pun perbezaan itu berlaku apabila kita dikategorikan mengikut kaum dan agama.

Sejak kecil atau mungkin ketika dibangku sekolah, kita tidak peduli sangat bab bangsa dan kaum ini. Kita bebas berkawan dengan budak Cina, India dan lain-lain bangsa.

Kemudian, kita mula diajar dengan adab dalam pergaulan, batasan antara lelaki perempuan, namun ketika itu belum ada lagi garisan menghalang untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Namun, disebabkan sikap sesetengah orang – ahli politik – maka kita mula mempunyai prasangka terhadap bangsa lain.

Sungguh pelik dan mengelirukan.

Adakah negara ini tidak menjadi selamat apabila seorang pegawai tentera berbangsa Cina dinaikkan pangkat. Sedangkan dia juga rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di sini.

Kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin parti terhadap pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah peristiwa bersejarah yang sepatutnya diraikan rakyat negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Tapi, alangkah malang apabila ‘parti itu’ menggambarkan seolah-olah ia satu ‘kesilapan’.

Banyak lagi insiden seumpama itu tercetus sebelum ini, namun kita masih bertoleransi atas dasar Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Mungkin ahli politik jenis suka mencetuskan suhu perkauman ini tidak layak membesar seperti manusia lain, biarlah mereka kekal menjadi kanak-kanak dan boleh berkawan dengan semua bangsa tanpa sebarang prejudis.

Related Posts

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

TERENGGANU meletakkan sasaran besar pada SUKMA Selangor 2026, 61 pingat emas dan kedudukan tiga terbaik negara. Tetapi di sebalik aspirasi tinggi itu, timbul satu persoalan yang wajar dijawab kerajaan negeri:…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan