Maritim Perak tahan bot, 80 unit bubu naga dirampas

LUMUT – Sebuah bot pukat hanyut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam rondaan rutin di perairan Negeri Perak pada Jumaat, sekali gus membawa kepada rampasan 80 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 2.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, sebelum ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan bersama tiga awak-awak warga Myanmar yang disyaki tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, siasatan mendapati bot berkenaan menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Sementara itu, tiga awak-awak asing terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambah beliau, kesemua kru termasuk tekong ditahan dan semua peralatan serta hasil laut turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Maritim Malaysia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan mengancam sumber hasil laut negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-683 2254.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar