Pertandingan video kreatif sempena Bulan Kemerdekaan, Hari Malaysia 2025

AKADEMI Kenegaraan Malaysia (AKM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan pertandingan video kreatif sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada orang awam dengan penyertaan di peringkat negeri telah bermula sejak 5 Jun lalu dan akan berakhir pada 8 Ogos 2025.

“Video yang memenangi peringkat negeri akan disenarai pendek untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang dijadualkan berakhir pada 13 September 2025,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata, pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), pasar raya AEON, pasar raya MYDIN, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Antara rakan strategik lain yang turut terlibat ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurut beliau, setiap video yang dihantar perlu berdurasi antara dua hingga tiga minit dan mengangkat tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.”

Majlis penyampaian hadiah peringkat negeri dijangka berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2025, manakala penyampaian hadiah peringkat kebangsaan akan diadakan pada 13 September 2025.

“Pelbagai pengisian menarik akan turut memeriahkan program ini, termasuk sesi interaktif kenegaraan, pertandingan mewarna, persembahan rakyat, cabutan bertuah, pertandingan pakaian beragam oleh pelajar sekolah, reruai pameran agensi kerajaan dan swasta, serta jualan rahmah,” katanya.

Tambah beliau, AKM berharap program ini dapat merangsang kreativiti dan ekspresi rakyat dalam menyambut Hari Kebangsaan dengan lebih dinamik dan relevan.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang serta media sosial rasmi AKM,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak