Penjawat awam rugi RM1.1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

MIRI – Seorang wanita tempatan yang juga penjawat awam di sini kerugian lebih RM1.1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa berusia lewat 30-an itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu oleh individu tidak dikenali yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Siasatan awal mendapati mangsa dihubungi suspek pada awal Disember 2024 dan diarahkan memuat turun satu aplikasi pelaburan tidak wujud itu.

“Mangsa kemudian membuat beberapa transaksi kewangan secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan ‘keuntungan pelaburan’ dan suspek terus meminta bayaran tambahan sebagai syarat proses pengeluaran.

“Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan,” ujarnya.

Susulan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Orang ramai juga digesa menyemak latar belakang syarikat atau platform pelaburan menerusi portal rasmi Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di www.sc.com.my.

Mereka yang menjadi mangsa penipuan siber seperti phone scamlove scam, e-dagang palsu atau pinjaman tidak wujud disarankan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika telah membuat sebarang pemindahan wang.

“Pihak polis turut menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi seperti Whoscall, Investment Checker dan Check Scammers CCID untuk menyemak nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan,” katanya.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow