Regatta Lepa kembali lagi pada 24 hingga 29 Jun ini, bakal dihadiri 10,000 pengunjung

KOTA KINABALU – Regatta Lepa ke-30 kini kembali memeriahkan perairan Semporna dengan penganjurannya selama lima hari iaitu pada 24 hingga 29 Jun ini yang akan berlangsung di Dataran Regatta Lepa, Semporna.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, festival itu bakal menarik kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara dengan anggaran kira-kira 10,000 pengunjung.

“Semporna merupakan salah satu lokasi kegemaran pelancong, yang mana setiap hari terdapat 2000 lebih penerbangan ke Semporna.

“Reggata akan dapat menarik ramai pelancong datang untuk melihat persembahan budaya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Reggata Lepa Ke-30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Jelasnya, sambutan kali ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bengkel dan simposium Regatta Lepa, Sangom Maglami-Lami iaitu sesi akhir pemilihan akhir Ratu Lepa 2025 dan pameran agensi dan kraftangan.

“Antara satu pengisian baharu dan paling membanggakan pada tahun ini adalah kejayaan IGALTHON yang telah diadakan pada 21 Jun 2025 di Padang Bandar Semporna.

“Persembahan ini melibatkan seramai 1,000 orang penari tarian tradisional IGAL yang lengkap berbusana tradisional dan menari secara serentak dalam gerak tari yang lemah gemalai dan memukau,” ujarnya.

Beliau berkata, pada hari kemuncak pula antara pengisian menarik ialah Perarakan Lepa Tradisi yang menghimpunkan perahu berhias penuh warna-warni dan ukiran warisan serta persembahan khas strategik pasukan keselamatan yang mempamerkan kecekapan dan kolaborasi antara pasukan beruniform dan komuniti.

Tambahnya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyokong dan memperkasakan program berteraskan kebudayaan, sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan pelancongan yang mampan dan inklusif.

Justeru itu, beliau mengajak orang ramai memeriahkan sambutan tersebut yang bertemakan ‘Mairan Addat Bangsa Ta’ yang mengetengahkan warisan dan adat Bajau Laut.

Related Posts

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PARIS Saint-Germain (PSG) meneruskan penguasaan di pentas Eropah apabila menewaskan Aston Villa 2-1 untuk mempertahankan Piala Super di Salzburg, Austria, awal pagi tadi. Gol Khvicha Kvaratskhelia dan Desire Doue memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA