Program MADANI Rakyat perkukuh hubungan kerajaan dan komuniti

SANDAKAN – Kerajaan MADANI terus memperkukuh hubungan antara rakyat dan kerajaan melalui pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan program yang memberi ruang interaksi secara bersemuka bersama komuniti setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pendekatan itu juga efektif dalam menghadapi cabaran semasa terutama pengaruh media sosial yang semakin dominan dalam kehidupan masyarakat.

“Cabaran paling besar adalah media sosial dan ini realiti.

“Bagaimanapun, selain mempertingkat komunikasi digital, kita juga perlu turun padang, bertemu rakyat secara langsung.

“Jadi kita harap dengan program seperti ini dapat memberikan pencerahan kepada rakyat tentang bagaimana mereka boleh turut sama terlibat dalam usaha membangun Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program MADANI Rakyat: Kesedaran Keselamatan Awam di Gelanggang Futsal Kampung Sim-Sim, pada Ahad.

Program anjuran JKOM bersama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan ESSCOM dengan kerjasama erat pelbagai jabatan serta agensi persekutuan dan negeri itu dirasmikan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Program itu turut diisi dengan forum yang menampilkan panel dari ESSCOM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Dewan Belia Sabah, pameran agensi selain pertandingan mewarna kanak-kanak.

Terdahulu, Ismail dalam ucapannya menyeru agar kepelbagaian dan perpaduan tidak dilihat sebagai ancaman sebaliknya anugerah bahawa rakyat Malaysia mampu hidup bersama dan bekerjasama membangunkan negara.

“Ini telah dibuktikan oleh generasi yang terdahulu dan kita harap menerusi program kita hari ini, generasi kini mempunyai keberanian untuk mengambil tanggungjawab meneruskan kebersamaan ini,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan