PDRM ingatkan orang awam patuhi undang-undang jika berhimpun

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan agar orang awam dan semua pihak mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) sekiranya berhasrat untuk mengadakan atau menyertai perhimpunan, perarakan atau demonstrasi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Kasim Muda berkata, penganjur bertanggungjawab sepenuhnya memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak melibatkan penyertaan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun serta tidak menjejaskan keselamatan masyarakat sekeliling.

“Pihak polis tidak menghalang mana-mana pihak untuk bersuara atau berkumpul secara aman, asalkan dilakukan secara tertib, sah dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Beliau turut menyenaraikan 12 kesalahan jenayah yang berkaitan perhimpunan aman, antaranya termasuk Seksyen 121B Kanun Keseksaan (kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Yang di-Pertua Negeri); Seksyen 142 Kanun Keseksaan (menyertai perhimpunan menyalahi undang-undang); Seksyen 499/500 (fitnah) dan Seksyen 504 (mengaibkan untuk mencetuskan ketegangan).

Termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (menghasut); Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 (melanggar arahan polis);Seksyen 21(2) Akta Polis 1967 (ingkar arahan polis); Seksyen 186 (menghalang penjawat awam); Seksyen 509 (mengaibkan kehormatan melalui kata-kata atau isyarat); Seksyen 4(2)(d) dan (e) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Penyertaan dan penglibatan orang bawah umur dalam perhimpunan);  (Akta 736), Seksyen 4(2)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Bagi seseorang yang bukan warganegara Malaysia, yang menganjurkan atau mengambil bahagian dalam sesuatu perhimpunan) dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) (kesalahan membawa senjata berbahaya).

Kasim turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan atau provokasi pihak tertentu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari