Gagal seludup dadah, tekong sanggup terjun sungai larikan diri

LANGKAWI – Cubaan menyeludup dadah melalui laut digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dua buah bot fiber mencurigakan berjaya dikesan di perairan Taman Nilam, dekat sini, petang Rabu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot berkenaan dikesan kira-kira 0.03 batu nautika dari Timur Taman Nilam sekitar jam 3 petang oleh anggota yang menjalankan rondaan di bawah Op Aman, Op Tiris 3.0, Op Mardof Utara 1/2025 dan Op Bersepadu bersama beberapa agensi lain.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot menemui 21 peket kecil straw, lima peket lutsinar disyaki mengandungi syabu, satu peket disyaki morfin serta beberapa peralatan membungkus dadah.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan mencecah RM41,000,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua bot serta barang kes telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, dalam operasi ini, tekong bot bertindak melarikan diri dengan memecut ke kawasan cetek sebelum terjun ke dalam sungai untuk meloloskan diri.

“Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Romli berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan terus mempergiat rondaan serta operasi di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Kedah dan Perlis.

“Maritim Malaysia menyeru orang awam, khususnya komuniti maritim dan nelayan, agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat