Pertahanan udara Israel tidak sekuat yang disangka

PERTAHANAN udara Israel tidaklah sekuat yang disangkakan, sebaliknya semakin melemah tatkala dibedil bertalu-talu oleh peluru berpandu balistik Iran.

Malah, Israel mempunyai tempoh kurang dua minggu lagi untuk memintas peluru berpandu balistik Iran pada kadar semasa tanpa mendapat bekalan tambahan dalam kuantiti signifikan dari Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan akhbar Washington Post, melihatkan kadar serangan semasa Iran, Israel hanya boleh mengekalkan tahap pertahanan udara semasanya selama 10 hingga 12 hari lagi tanpa menambah bekalan dari AS atau penglibatan lebih mendalam oleh tentera Pentagon.

Katanya, memintas peluru berpandu dan dron Iran menelan kos yang mahal untuk Tel Aviv.

Kos pertahanan peluru berpandu boleh mencecah sehingga AS$285 juta (RM1.2 bilion) bagi satu malam, lapor media Israel.

Tel Aviv mungkin perlu memulakan catuan peluru berpandu pertahanan udaranya seawal akhir minggu ini, tambah laporan berkenaan.

“Israel perlu memilih apa yang mereka mahu pintas,” tulis akhbar itu ketika memetik sumber yang tidak didedahkan.

Israel mempunyai perisai pertahanan udara berlapis dengan pelbagai sistem tetapi bergantung kepada sistem Arrow untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik tanpa henti dari Iran.

Meskipun ia cekap terhadap roket yang ditembak oleh Hamas, sistem Kubah Besi Israel tidak berkesan terhadap peluru berpandu balistik Iran yang lebih hebat, kata laporan tersebut.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎